ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
My Own Cerpen !!!
Sunday 23 October 2011 • 09:26 • 0 comments
ok sblm aq btol2 tido...ny cerpen yg aq tlis sndri @_@"
sbnrnya cerpen ny dh smpy siri ke 5.tp aq bg korg bc yg ni dlu la...
Do leave ur comment ea...pandangan anda amat2 di hargai :-)
ps:sy menulis hnya untk saja2 (haha)

SELAMAT MEMBACA @_@"

(SEKOLAH:BOSAN@SERONOK siri 1)

“cikgu datang !!!” bergema suara siti di dalam kelas 2 Teknologi itu…siapa tidak kenal dengan siti? Pelajar perempuan paling becok dan nyaring suaranya.riuh rendah pelajar-pelajar kelas 2 Teknologi berlari ke tempat masing-masing.ada yang terlanggar kerusi meja,namun kesakitan itu dilupakan sementara hanya kerana tidak sanggup mendengar leteran cikgu Rokiah ‘kereta api ’ itu. Masakan tidak,siapa tidak kenal dengan cikgu Rokiah? Guru perempuan itu sering berleter panjang mengalahkan kereta api apabila ada diantara pelajar-pelajarnya yang melakukan kesalahan…alamatnya habis sesi pembelajaran subjek Bahasa Melayu itu bertukar menjadi sesi leteran.

“Cikgu Ahmad berpesan supaya kita ke bilik mesyuarat” beritahu Amir kepada anak-anak buahnya,Sesudah cikgu Rokiah keluar dari kelas mereka.“apa yang hendak kita lakukan di bilik mensyuarat?” Tanya siti becok itu. “pergi sajalah,Cikgu Ahmad sedang menunggu kita di sana” “Assalamualaikum Cikgu” bergema Bilik yang sederhana besar itu dengan suara-suara pelajar 2 Teknologi. “waalaikumsalam,oh kamu semua,masuklah,saya hendak minta kamu semua bantu saya menghias bilik ini” balas cikgu Ahmad.

“Aduh!!!” teriak shila, “kenapa kau langgar aku?” “maaf,aku tak nampak kau di situ tadi? Lagipun siapa suruh kau bergaya sakan di depan bunga-bunga itu? Sampai tidak perasan keadaan sekeliling? Mengalahkan orang gila saja?” jerit siti yang sedang berlari menyelamatkan diri daripada dikejar Shila. Ketawa pecah di tengah sibuk itu.

Semua orang kelihatan sibuk di dalam bilik mensyuarat itu,pelajar lelaki ditugaskan untuk mengangkat pasu-pasu bunga yang boleh tahan juga beratnya.pelajar perempuan pula sibuk menghias meja dan dinding bilik itu.Tiba-tiba , “Ketepi!!! Beri aku laluan” kelihatan Amir sedang terhuyung-hayang mengangkat sebuah pasu besar. Selepas meletakkan pasu itu di sudut bilik,Amir tersandar ke dinding. “Aku perlukan air!”teriak Amir.siti yang berada berhampiran situ ketawa kuat, “macam orang tidak makan sebulan saja kau ni? Masakan angkat pasu juga sudah tersandar?” bulat mata Amir merenung Siti, “Kau ni! Hanya tahu gelakkan orang saja? Cuba kalau kau yang angkat pasu itu? Aku pasti kau pengsan di situ juga, tau !” bentak Amir.berderai tawa mereka yang lain.Siti mencebik,lalu pergi mendapatkan Shila.

Cikgu Ahmad tersenyum melihat gelagat pelajar-pelajarnya itu. “tidak letihkah kamu semua? Asyik ketawa saja?” “tidaklah cikgu,malah lagi bersemangat untuk bekerja ada la” jawab Khairul, yang kebetulan berada paling hampir dengan Guru subjek Sejarah itu,mewakili rakan-rakan yang lain.bagai sepakat,sekali lagi bergema Bilik Mensyuarat itu dengan tawa mereka. Nasib baik bilik mensyuarat yang terletak di Bangunan Pentadbiran itu terletak jauh dari Bangunan Akademik,kalau tidak? Pasti kelas-kelas lain akan terganggu dengan suara mereka yang mengalahkan “Pembesar Suara” itu.“Sudah-sudahlah ketawa,pergi pulang ke kelas kamu semula.lagi lima minit waktu rehat akan bermula” Arah cikgu Ahmad. Bertempiaran pelajar-pelajar lelaki kelas 2 Teknologi berlari keluar dari Bilik Mensyuarat,apabila mendengar perkataan ‘REHAT’… “kamu semua terlupa sesuatu ke?” perli Aisya.Amir menoleh ke arah Aisya dengan pandangan yang seolah-olah berkata “aku tak faham?” tiba-tiba Amir menepuk dahi, “Alamak! Maaf cikgu,saya terlupa…” “Kelas!!! Terima Kasih Cikgu” nyaring suara Amir.“Terima Kasih Cikgu!!!” rakan-rakan yang lain mengikut kata ketua kelas mereka itu. Cikgu Ahmad mengangguk sambil tersengih melihat gelagat mereka.

“Pengumuman-pengumuman!!!” teriak Khairul sambil berlari masuk ke dalam kelas,hampir saja dia terlanggar Rashid yang berada di muka pintu. “apahal kau ni Khai? Macam radio buruk saja,menjerit tak henti-henti dari tadi?” Tanya Rashid. Khairul tersengih, “relaks la cid,aku ada berita nan indah ni”balas Khairul, “sejak bila kau tersampuk si Aisya ni?” Rashid bingung. “Aisya?” khairul kehairanan. “kau jangan buat tak tahu pula,bukan ke Aisya tu ‘DRAMA’?” terang Rashid.serentak Khairul dan Amir yang kebetulan terdengar perkara itu,bergelak sakan.

“amboi! Korang berdua ni mengutuk aku ya?” dingin suara Aisya,yang datang entah dari mana? “Alamak Khai? Cid?,terjebak jadi ‘Stuntman’ drama aksi la korang lepas ni ” bisik Amir.Khairul dan Rashid pun dah pucat lesi je mukanya,kalau ditoreh pun dah tak ada darah. “budak ni kalau mengamuk? Maunya melayang meja,silap-silap dah kena badan aku ” gumam Khairul rendah “eh? Mana ada kitorang mengata kau? Kau silap dengar ni Sya.” Pantas Rashid menyelamatkan keadaan.bulat mata Aisya merenung Khairul dan Rashid,kemudian dia berlalu pergi.

“Bravo” kata Khairul sambil bertepuk tangan. “kau ni kenapa Khai? tadi menjerit sakan,sekarang ni pula dah bertepuk-tepuk tangan mengalahkan adik aku yang seronok sangat bila dapat gula-gula je gayanya?” perli Rashid. “Ewah,manis mulut bicara? Tak ada la Cid,aku cuma tak sangka.pandai pulak kau berdrama? Mengalahkan si Aisya tu” jawab Khairul sambil Ketawa. “Sudah-sudah la ketawakan aku tu,ha? Apanya berita nan indah yang kau nak bagitahu tadi?”Tanya Rashid. “Oh perkara itu? Ha dengar betul-betul. Perhatian!!! Cikgu Aini tidak hadir hari ini” teriak Khairul dengan gembiranya…apa lagi riuh rendah la jadinya kelas itu hinggakan Amir pun sudah tidak tahu hendak buat apa?.

“Khai !!!” Siti menjerit marah.hampir keseluruhan kelas ketawa. “Apa yang kau buat pada Siti,Khai?” Tanya Amir sambil mendapatkan Khairul yang termengah-mengah akibat melarikan diri daripada Siti. “cicak getah” jawab Khairul dengan tawa yang masih bersisa. Berair mata Amir menahan ketawa,dia tahu kenapa Siti marah sebegitu rupa. Siti Maisara? Seorang manusia yang sangat takut pada ‘Cicak’… “Khai ! tunduk!” jerit Rashid yang berada di mejanya. Khairul dengan Pantas menundukkan kepalanya,dia tahu pasti Siti telah melancarkan serangan balas.sebaik sahaja dia tunduk,melayang sebuah kotak pensel. Kotak pensel Amir? Habis tercampak keluar segala khazanah yang ada di dalam kotak pensel Amir itu. “Siti !!!” bergema suara Amir di dalam kelas itu. Ketawa pecah lagi

“kumpulkan buku latihan sekarang!” arah Miss Fatin kepada pelajar-pelajar 2 Teknologi. “aduh” gumam shila perlahan.dia pantas berpaling ke belakang,dia tahu kerja siapa yang membaling gumpalan kertas ke arahnya tadi,Rashid! “kau ni apahal cid?”marah Shila “relaks la Shila,aku nak pinjam buku kau kejap? Aku belum siap lagi la kerja rumah semalam” pinta Rashid “No Way!!! Kau buat apa semalam? Jaga anak?” perli Shila “Tido” Jawab Rashid dengan muka tak berdosa. “boleh la”pinta Rashid dengan muka yang sengaja di sebikkan. “kau ingat aku heran ke dengan muka kesian kau tu”bentak Shila, “aku tak suruh kau kesian pun,aku Cuma nak buku kau je” perli Rashid. Shila mendengus geram,dia menghulurkan buku latihan Sainsnya kepada Rashid. “Terima kasih,kau la sahabat aku dunia akhirat” kata Rashid sambil ketawa kecil. Shila mencebik lalu menumpukan semula perhatiannya pada topik yang diajar Miss Fatin.

“Penatnya”keluh Amir sambil menghempaskan dirinya ke atas katil.berkeriut katil besi 2 tingkat itu yang dikongsinya bersama Khairul sepanjang menginap di Asrama. “Hoi ! kau nak jahanamkan katil tu ke? Jangan la,tak pasal-pasal malam ni kita tidur atas lantai” Perli Khairul yang baru masuk ke dalam Dorm B1.1 itu. B1.1? Bilik yang dikongsi bersama Amir,Rashid dan Firdaus. Rashid yang baru masuk menegur Amir “Kalau ye pun kau dah penat sangat? Pergi la mandi tukar baju dulu,lepas tu kau nak tido sampai tak bangun dah pun kitorang tak kisah”,“Yang korang berdua ni sama-sama buat pakatan bersekutu nak perli aku apahal?” jawab Amir geram. Khairul dan Rashid hanya sengih.Amir lantas bangun hendak turun dari katil,kerana masih mamai,dia terlanggar tiang besi katilnya itu.Khairul yang melihat perkara itu bergelak sakan.Rashid pun apa kurangnya? Merah matanya menahan ketawa.

Amir masuk ke dalam bilik sambil bertuala,dia mengambil baju rasmi Asrama yang disangkut di dalam almari,disarungnya baju itu melepasi kepala.dia menapak ke arah katil Rashid lalu duduk disebelah rakannya itu. “Hoi ! ketepilah,aku nak siapkan projek KH ni” marah Rashid.Amir hanya mempamerkan muka tanpa riak. “eh? Firdaus mana?” Tanya Amir. “La kau baru perasan ke dia tak ada sejak tadi?” Rashid ketawa kecil, “Dia ada kelas tambahan dengan cikgu Aini,itu yang balik lewat” jawab Rashid. “Khai?” Tanya Amir ringkas. Rashid mengangkat muka dari Projek KH nya yang belum nampak rupa lagi,dia faham pertanyaan tu. “hmm,turun bawah,makan.macam kau tak kenal si Khai tu,makan je yang dia tau,tapi perut sekeping jugak” bebel Rashid.Amir ketawa. Seminit? Dua minit? “Kau nak aku tolong ke?” Tanya Amir “ha?boleh jugak,aku pun dah naik termuntah dengan projek ni” adu Rashid. “apa yang kau nak buat sebenarnya ni?” Amir hairan,“Model rumah kayu” dengan bangga Rashid menjawab.Amir ketawa kuat, “Apahal model rumah kau macam kandang kambing je cid?” perli Amir dengan tawa yang bersisa.Rashid menolak Amir ke bawah katil “ewah,mulut kau memang tak ada insurans ke?” marah Rashid

“Assalamualaikum” Khairul masuk sambil memberi salam, “Waalaikumsalam” serentak Amir dan Rashid menjawab. “Apahal pulak yang korang main masak-masak ni?” Tanya Khairul sambil tersengih.dia menapak kearah katil Rashid. Dengan tak disangka sebiji bantal menghentam kepalanya,angkara Rashid. “Mangkuk tingkat kau! main masak-masak! Kitorang tengah siapkan projek KH la” bentak Rashid geram.Khairul sengih. “Apahal lambat sangat kau naik Khai? kau makan ke Kau tolong mak cik kafe tu cuci pinggan mangkuk?”perli Amir.ketawa Rashid pecah. “cantik kau punya bahasa? Aku makan la! buat apa aku nak pergi cuci pinggan mangkuk pulak? Kau ingat aku dah tak ada kerja sangat nak buat ke?” marah Khairul. Amir sengih.Khairul bangun lalu menapak ke arah katil Amir. “mir! Aku pinjam katil kau,nak tido kejap.letih” kata Khairul. “nanti korang nak turun pergi solat maghrib,jangan lupa gerak aku” Amir masih tidak mengangkat muka dari Projek KH si Rashid,dia hanya menunjukkan tanda ‘OK’ menggunakan jari kepada Khairul.

“Khai? Khai? bangun oi ! nanti terlepas solat maghrib” Rashid menggerak Khairul yang terbongkang di atas katil Amir. “Khai !!!” Rashid betul-betul hilang sabar.Amir masuk dengan muka yang basah. “Kau dah berwudhu ke?” Tanya Rashid. “Aku baru lepas wudhu la ni,tapi apahal yang suara kau dengar sampai ke bilik air tu?”Amir hairan “mana aku tak hilang sabar? Kau tengok si Khai ni.aku dah jerit kat tepi telinga dia pun,dia tak bukak-bukak mata jugak.” Adu Rashid. Amir ketawa kuat. “La kau tak tau lagi ke satu-satunya cara nak gerak si Khai ni?”Tanya Amir. Rashid hairan. “Kau tunggu kejap” Amir berlari keluar menuju ke bilik air. “dia sakit perut ke?” Rashid bingung.tak lama kemudian Amir datang dengan segayung air. “eh-eh kau nak buat apa dengan air tu? Kita mana ada tanam pokok bunga pun?” Rashid memang betul-betul bingung. Amir ketawa sambil merenjis-renjis air ke muka Khairul. “kalau ye pun kau kemaruk sangat nak jadi bomoh sekalipun,jangan la kau buat si Khai tu sebagai demo pulak” gumam Rashid. Ketawa Amir pecah tak tertahan.sesudah separuh air di dalam gayung itu direnjis,Amir menuang terus separuh lagi air yang berada di dalam gayung itu ke atas Khairul.seminit? “Hoi ! habis basah baju aku ! yang kau pergi siram aku tu apahal?” bentak Khairul geram.tawa Amir,Khairul dan Rashid sama-sama pecah. “oh,baru aku faham,ini rupanya cara kau bangunkan si Khai ni,patutlah cepat saja dia siap nak ke sekolah walaupun dia yang paling lewat bangun,rupa-rupanya kau dah mandikan dia” seloroh Rashid dengan tawa yang tertahan-tahan. “Amir! Ambilkan baju aku,yang aku sangkut dalam almari tu” pinta Khairul, Amir pantas mencampak baju Khairul yang tersangkut ditepinya.sesudah itu mereka menapak ke surau bersama.

“Eh?Firdaus tak balik ke bilik pun petang tadi?” Tanya Khairul, “Oh aku ada terserempak dengan dia semasa ke tandas tadi,dia beritahu yang dia tidur di Dorm B1.4”pantas Rashid memberitahu. “Dorm B1.4? bukan ke itu bilik Muaz,Faizal dan Hisyam?” Amir menyampuk. “memang pun,Faizal itu sepupu Firdaus,Muaz pulang ke rumah petang tadi,Hisyam pulak terlibat dengan Kem Jati Diri,jadi Firdaus tidur di sana menemani Faizal”panjang Rashid bercerita.Amir dan Khairul hanya mengangguk. “Aku lapar la,jom ke kafe kejap?”rengek Amir. “Aku pun lapar jugak,jom la.lagipun jalan nak ke Kafe memang satu jalan nak ke Asrama kita kan?” sokong Rashid. Khairul ketawa, “apa la korang ni? Makan je tau.tengok aku,tak lapar pun” perli Khairul.Amir dan Rashid sama-sama memandang pelik ke arah Khairul. “memang la kau tak lapar Khai! kan kau seorang je yang turun kafe petang tadi”perli Amir.tawa Rashid pecah.Khairul mencebik.

“kau nak outing tidak hari ni” jerit Shila dari bilik air. “Huish kau ni,tau tidak jeritan kau tu dapat didengar sampai ke bangunan pentadbiran” marah siti “ye la maaf,aku Tanya kau tadi? Kau nak outing ke tak?” Tanya Shila lagi “Aku malas,cadang nak pesan saja dari Aisya,dengarnya di nak keluar outing dengan Sarah tengahari ini” balas Siti. “Kalau macam itu,kalau kau nak pergi jumpa dia kejap lagi,tolong beritahu dia aku pesan biskut dengan pencuci muka.tolong ambilkan juga duit aku dalam laci almari tu”pinta Shila. “Ok” ringkas Siti menjawab.

“aku nak turun kafe ni.kau nak ikut tak?”Tanya Siti. “Malaslah,kau tolong belikan aku mee goreng sebungkus boleh”pinta Shila.Siti hanya mengangguk. “eh Siti! Kau pun turun Kafe jugak pagi ni,ingatkan kau pergi Outing”sapa Rashid,Siti tersengih“tak keluar pun aku malas la cid ”balas Siti. Rashid mengangguk “kau memang selalu malas” perli Rashid. Bulat mata siti merenung Rashid yang sedang makan itu“mulut kau kalau sehari tak jadi radio buruk tak boleh ke cid?” bentak Shila.Rashid tersengih“aku memang macam ni” Siti mencebik

“nah barang-barang yang kau pesan tadi” Siti meletakkan beg plastik yang berisi biskut dan pencuci muka di atas meja belajar Shila.Shila hanya mengangguk dan tersenyum tawar. “muka kau nampak letih je? ” Tanya Siti “oh,aku tiba-tiba rasa nak demam tadi.tapi ubat aku dah habis.”jawab Shila. “ubat aku pun dah habis,nanti aku cuba minta dengan Amir,kan dia pegang ‘’first aid kelas kita”

“Cid!!!” Rashid menoleh kebelakang. “Eh kau Siti? Apahal?” Tanya Rashid. “kau nak naik bilik ke ni?” Tanya Siti. “Ye la,apahal?” Rashid hairan. “boleh tak kau panggilkan Amir? Aku nak minta Panadol.Shila demam pagi tadi” pinta Siti. “ok” ringkas Rashid menjawab

“Khai!!! Amir mana?” jerit Rashid dari luar bilik. Khairul tersentak “Dia basuh baju kat bawah apahal?” jawab Khairul. “Nak mintak first aid.Shila demam katanya”balas Rashid sambil menuruni tangga. “Amir!!!” jerit Rashid kuat. “Hoi! Kau nak makan sabun ke apa Cid? Main sergah aku macam tu”bentak Amir geram.Rashid Sengih “Sori la Mir,aku saja nak kacau kau.aku nak Tanya,first aid,kau letak kat mana? Tadi Siti mintak Panadol,katanya Shila demam”Tanya Rashid. “Aku simpan bawah katil,kau ambik la sendiri kat situ”balas Amir.

“Khai!!!”Rashid menjerit sesudah sampai di bilik.hampir saja Khairul tergolek jatuh dari katil “Cid!!! Kau nak bagi aku yang sihat walafiat ni sakit jantung ke apa?nyaris je aku nak jatuh katil tadi”marah Khairul.Rashid tersengih“kau tolong bagi dekat Siti first Aid tu Khai”pinta Rashid.Khairul bingung lantas mengangguk. “kau nak ke mana Cid?”Tanya Khairul. “Aku ada perjumpaan untuk pengawas perpustakaan kejap lagi,aku takut tak sempat je nak bagi First Aid tu dekat Siti.mengamuk pulak dia nanti” balas Rashid.Khairul ketawa.

Rashid masuk ke bilik selepas selesai perjumpaan pengawas perpustakaan sebentar tadi.letih benar nampaknya.dia menapak ke arah katil,tiba-tiba “Ish! Ni buku siapa pulak yang bersepah atas katil aku ni!” bentak Rashid geram.dia mengangkat sebuah buku latihan yang masih terbuka,dia melihat nama yang tertera di hadapan buku itu. “apahal kau marah-marah ni Cid?” Tanya Amir kehairanan.dia lekas berlari menuju ke bilik selepas mendengar Rashid naik angin tadi. “maunya aku tak marah,kau tengok ni Mir,buku-buku bersepah atas katil aku.entah buku siapa la tu? ”marah Rashid.Amir pantas mengambil buku yang berada di tangan Rashid.dipusingkan ke depan bagi melihat nama pemilik buku tersebut.Amir hairan,ditenung muka Rashid yang masih kelat. “Khairul Akashah”baca Amir perlahan. “ha! Khairul Akashah.entah siapa la tu”bentak Rashid lagi. Khairul yang berdiri di muka pintu dah tak tertahan ketawanya. “Khairul Akashah tu…” belum sempat Khairul menghabiskan ayatnya,Amir menyampuk sambil ketawa tak tertahan. “Hoi ! Khairul Akashah itu nama si Khai la”. “Apa la kau ni Cid! sampai nama penuh aku pun kau tak ingat ke?”perli Khairul.Rashid terbuntang,di tariknya balik buku yang dipegang Amir,dia membaca sekali lagi nama yang tertulis di hadapan buku itu “Khairul Akashah b Khairul Amin” dan selepas itu,ketawa mereka berpadu.bergema Dorm B1.1 itu.

Malam Jumaat? Selalunya ketiga-tiga mereka tu pasti sedang duduk di padang berhadapan dengan Asrama Putera selepas selesai solat Isyak.hari ini pun mereka berada di situ. “Khai? kau akan rindu aku tak?” Tanya Rashid.ketawa mereka pecah di situ “kau mamai ke apa ni Cid? Sampai Tanya soalan luar alam ni? Gerun aku” jawab Khairul dengan tawa yang bersisa. “Aku serius ni! Aku tak tau apa aku akan buat bila kita dah habis sekolah nanti.tanpa kau dengan Amir.aku boleh jamin aku akan B.O.S.A.N” balas Rashid. “hmm…aku pun rasa macam tu.aku pun akan rindu korang jugak” sampuk Amir. Diam……dan ketawa mereka pecah lagi. “Apahal yang kita ‘munshy’ni? Macam drama pulak aku rasa” sambung Khairul. “alamak! Aku nak nangis la! Ni kau la punya pasal Cid.bukak topic luar syllabus apahal?” marah Amir.dia menolak bahu Rashid yang sedang bersandar di kerusi batu itu.ketawa pecah lagi. “tapi memang betul pun.aku pun akan rindu korang,sekolah ni.balas Khairul ikhlas.jadi??? SEKOLAH:bosan @ seronok” Tanya Khairul. “Apahal kau Tanya soalan budak tadika ni Khai? mestilah sekolah tu seronok!!!” jerit mereka berdua,puas.

And the rest is history….

(khas untuk crew 2IK.aq totally akn bosan tnpa korg...JIE n AS??? thanks 4 being near ^_^)



PASTFUTURE
Guten Tag;


Hazell | Nov 97 | Muslim | Shawol | SM Stan

Footprints;